siapa kita??
Siapakah
kita yang hendak menghakimi orang lain? Siapakah kita yang sesuka hati
menjatuhkan hukuman kepada orang lain? Siapakah kita untuk mencaci dan
mecerita keburukan orang lain? Dah sempurna sangat ke kita? padahal kita
tak sedar diri kita juga sama… Kita juga hamba Allah..
Janganlah kita terlalu menghina seseorang akan masa silamnya… mungkin
seseorang itu murah harga dirinya satu ketika dulu, tapi tak mustahil
satu hari nanti beliau akan menjadi seseorang yang lebih soleh atau
solehah dari kita kan?
Kenapa kita tak boleh nak menerima
perubahan pada orang lain? Apa yang buruk, apa yang aib, apa yang dosa
itulah yang sentiasa disebut-sebut, yang sering diungkit-ungkit. Tak
sedarkah kita, kita mengata-ngata tu pun berdosa jugak?? Sepatutnya kita
memperkatakan mengenai perubahannya. Sepatutnya kita bersyukur kerana
orang itu mahu berubah ke arah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment